Breaking News
Loading...
Wednesday, October 16, 2013

New Nissan Grand Livina 2013 Malaysia

7:41 PM

New Nissan Grand Livina 2013 Malaysia


ETCM sekali lagi melancarkan Kereta Nissan Grand Livina Baru 2013 ini. Pada Saya, ini merupakan langkah yang amat bagus, selepas mengeluarkan Nissan Almera, Kini giliran Nissan Grand Livina pulak. Siapa yang tak kenal dengan Grand Livina?

Nissan Grand Livina merupakan kereta MPV terlaris di Malaysia, sebab apa? baiklah, berdasarkan pengalaman saya antara sebab utama nya ialah:
  1. MPV paling Murah untuk kategori MPV import. 
  2. imat Minyak...ini memang ramai feedback jimat minyak untuk long distance.
  3. Pemanduan ibarat kereta sedan - memang betul, anda memandu Livina ni memang tak rasa pandu kereta besar gajah. Nak cilok pun senang, nak parking apatah lagi..
  4. Suspension yang lembut dan sedap..part ni anda kena test drive, tak dapat saya nak terangkan kat sini.
Jom lihat apa yang Nissan Grand Livina ni dah capai.

Baiklah, kita layan video ni untuk lihat apa ciri-ciri tambahan yang ditukar untuk Nissan Grand Livina Baru 2013 ini.


Harga Nissan Grand Livina Baru 2013


Dari segi harga memang ada peningkatan, tapi tak banyak. Jika sebelum ni harga untuk 1.6A adalah RM89813.59, tetapi sekarang hanya naik RM89880.00.Masih lagi pada harga mampu milik.

Kelebihan Nissan Grand Livina berbanding Proton Exora,Toyota Avanza, Perodua Alza

Ramai pelanggan yang datang ke showroom akan bertanyakan perkara ini, perbandingan antara Nissan Grand Livina dan MPV lain seperti di atas. Memang saya dapat pelbagai pandangan dan pendapat. Tapi oleh sebab mereka tanya pada saya SA Nissan, mestilah saya akan bagitau pembelian Nissan Grand Livina adalah paling terbaik untuk mereka. 
Biasanya saya akan bimbing mereka dari segi bajet, keperluan, kepuasan pemanduan dan saya akan galakkan mereka pergi pandu uji sendiri MPV lain. Keputusan Akhir adalah di tangan mereka.

Kelebihan Grand Livina yang palin bagus adalah Kerusi duduk belakang boleh diubahsuai mengikut kesukaan anda. Gambar berikut menerangkan langkah-langkah dalam pengubahsuaian kerus belakang.









Kelemahan Masalah Nissan Grand Livina
Secara Terus terang saya katakan, Nissan Grand Livina mempunyai 1 kelemehan yang ketara.Walaupun pahit tetapi perkara ini perlu di beritahu kepada pelanggan. apa dia? Ya, Air Cond..

Bukan air cond tak sejuk, cuma air cond tidak sampai ke penumpang paling belakang sekali sebab blower hanya ada di depan dan ptengah. Akan sejuk tapi mengambil masa, jika perjalanan jauh memang takda masalah. 

Jika anda masih tak puas hati lagi, boleh hubungi saya segera ya untuk perbincangan lanjut mengenai kereta Nissan Grand Livina ni.

Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer